CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Ahad, 15 Ogos 2010

macam tu ker??

minggu ni dah start SP untuk siklus kedua dan minggu ni juga lah start puasa.
maka semua akan busy dengan kuliah masing-masing. aku??? owh, mungkin terlibat sama
pergi kuliah dikala puasa memang la agak capek sikit kan, lagi-lagi kalau kita study.

kalau kita study, kita akan lebih cepat lapar.
YA/TIDAK???

YA bg saya (jgn komen )
PUASA?? masa ni la orang ramai akan menghidupkan tadarus al-quran. cuba untuk habiskan satu juz sehari supaya dapat khatamkan AQ dalam bulan ramadhan nih yang jarang atau nak kata (TIDAK pon boleh) dilakukan dalam bulan-bulan lain

TAPI

owh, kuliah habis jam 3 petang - balik penat-sedia juadah berbuka-jam 6 buka puasa-jam 7 isyak dan tarawikh-jam9 baru habis tarawikh-nak tadarus lagi???nak stdy lagi???...lagi-lagi untuk stok yang palpebra cepat tetutup....

lepas tu esoknya dah tak pergi surau dah sebab nak study la katakan...macam tu ke??? wajarkah??? <>



Rabu, 4 Ogos 2010

mR i VS mR j

tak tahu lah kenapa satu dua bulan nih, MR J selalu datang dalam hidup i. nak kata i undang dia, tak de pon rasanya. kad undangan pon tak siap lagi. dah lama dah sebenarnya i larikan diri dari MR J ni. tapi entah kenapa dia tiba-tiba datang. rindu kat i kot, i pon rindu juga sebenarnya dengan MR J nih, tp i takut MR I marah pula nanti. kang kalau MR I merajuk???macam mana??? parah2. susah nanti nak pujuk
yang buat i risau ni, sekarang MR J datang bawa geng yakuza pula. lagi la parah. tak pasal-pasal MR I kena belasah dengan geng dia nanti. MR I dah la kecil cekeding jer. salah i juga sebab tak jaga MR I elok-elok dulu. makan minum dia i tak jaga. tak ikut pon 4 sehat 5 sempurna tu. bila dia nak ambil kelas tae kwan do i buat tak endah jer. erm, tengok la sekarang, MR I tak cukup kuat untuk protect i, silat gayung punya basic pon x de, cam ne la nak fight dengan geng yakuza.???
sekarang nih, i cuba untuk pulihkan kembali keadaan, hari tuh i ada tanya kawan i apa nak bagi pada my beloved MR I ni. nak bagi siomay takut diare pula nanti, bakso lestari dia tak makan pula. kue tiow kuah pak manto???dah muak katanya. rupa-rupanya MR I ni, circardian cycle dia pelik sikit, suka makan pukul 3 4 pagi, pagi-pagi lepas subuh, lepas maghrib, pastu yang penting sekali kena ingat dia sentiasa. simpan dalam hipocampus biar jadi long term memory. kuat merajuk MR I ni.
i harap sangat lepas nih, MR I kuat untuk fight dengan MR J. sebab i sayang kat u MR I. hope MR J tak ganggu hidup kami lagi. i tak nak MR I pergi dari hidup i semata-mata sebab u, MR J.




p/s : jagalah MR I selagi dia bersama kita. jangan biarkan MR J menerobos .....

banyak yang kita fikirkan tapi sukar di ungkapkan dengan kata-kata

Rabu, 12 Mei 2010

M.A.R.A.H


M.A.R.A.H
kenapa kita marah???adakah kerana masalah Congenital, Infeksi, Neoplasma, Trauma, Aging atau masalah metabolik??????

kemungkinan ETIOLOGI :

1, E.G.O 2, rasa kita yg betol 3, kita x suka kat org tuh (padahal org tuh ok jer ngan kita ) 4, kurang kaseh sayang 5, jelez 6, lapar 7,masalah mental 8,orang ganggu privasi kita 9,bosan dengan keadaan yg sentiasa harmoni 10, hasutan syaiton durjana

tak pernah ke kita fikir pasal orang yang kita marah tuh, mesti dia sedih, malu (klo di marah depan org lain), yg pasti mesti orang tu kuciwa klo yg marah tu kawan dia sendiri kan???klo kita di tempat org tuh, kita dimarah, di herdek, maka terjadilah vasodilatasi pembuluh darah di sekitar muka efek dr hormon cortisol yg dikeluarkan hasil cetusan dr hipotallamus yg telah menerima impulse rasa marah yg dihantar ke sistem limbik.

terapi :

1. sentiasa zuhud 2.fikir opini org lain 3. husnuz zhon 4.tanamkan sifat sayang (al-muslim akhul muslim) 5. jgn jelez @ cemburu buta 6.makan tepat pada waktunya spy x mengganggu circardian cycle 7.jadikan stress sbg eustress 8.klo kita ganggu privasi org x pe plak kan??/ 9. biasakan diri hidup dlm ketenangan 10. menangkis semua bisikan syaitan durjana
SABAR la yer klo org marah kita, tp jgan lah kita yg jd org yg memarahi itu

'INNALLAH HA MA'ASSOBIRIN'



Selasa, 13 April 2010

AMAZING RACE JAKARTA!!

AMAZING RACE JAKARTA!!!!
2 APRIL 2010
TRISAKTI-UKRIDA-MOESTOPO
CHECK POINT :
1. SUNGAI SEBELAH ROXY (kutip sampah dalam sungai guna serok)
2. MONAS (dapatkan lirik lagu indonesia raya dan menyanyi bersama mereka) + (cari berat emas yang menyelaputi mercu MONAS )
3. TAMAN SUROPATI (cari 8 kad yang ada maccam-macam klu)
KOTA TUA :
4. TOKO MERAH (dapatkan pancasila indonesia)
5. JAMBATAN GANTUNG (jawab teka-teki)
6. PELABUHAN KELAPA SUNDA (cari wang logam rp100 dlm tanah yang ada cacing)
7. MUZIUM BAHARI <> (jawab banyak soalan, berapa belas da tak ingat, jawapan semua ada dalam muzium)
8. DATARAN FATAHILLAH (tamat)







PANGERAN DIPONEGORO, MONAS





SEBELUM MENERIMA TASK PERTAMA



JAMBATAN GANTUNG


KENA NAIK PERAHU UNTUK KE CHECK POINT DI PELABUHAN KELAPA SUNDA



DATARAN FATAHILLAH



SUPER TEAM MENANG!! YEAY!! ( AZLYZA, ECAH, MURNI, LILY )



ANTARA YANG MENJAYAKAN

TERIMA KASIH KEPADA SEMUA ( TRISAKTI-UKRIDA-MOESTOPO).SEMOGA UKHWAH KITA KEKAL SELAMANYA~~

Rabu, 31 Mac 2010

UKRIDA-TRISAKTI-MOESTOPO


mari2!!!!!jom kte bersama-sama memeriahkan ~~~~
tak kira la yg tua, yg muda, sudah berkahwin atau belum, sudah berjanda???? tak kisah la tu sume, yg penting anda adalah mahasiswa trisakti, ukrida dan moestopo 08 (mintak sori kat moestopo sbb nama anda tidak di sertakan. tapi jgn risau, anda tetap diingatan dan kami amat menerima dan mengalu-alukan penyertaan anda~~
jom la sahabat-sahabatku sejiran, universitas dekat jer, tp nk jumpa jarang sekali lah kan~~~almaklum la,,dukter2 nih sume syibuk nk setadi kan2???
sesiapa yang rasa telah berminat,,,jgn biarkan ia pergi begitu saja.
silalah mendaftarkan diri anda kepada sesiapa mahasiswa trisakti 08 (gurlz) atau bg jer komen kat blog nih. nama dan fon number,,,,GITU LORH.
sekian saja~~harap maklum..

Khamis, 10 Disember 2009

sAlAm AidiLaDha



gambo keluarga TAWAKAL 7/2 GROGOL, JAKARTA BARAT, 11440 INDONESIA



selamat hari raya aidiladha
kullu 'am wa antum bikhoir



sayur dipotong,,daging dicincang,,




"mentang-mentang korang budak medik, abih semua lemak korang buang."kata seorang mak cik nih. haha, nak wat camne,,,mne la kitorang taw yang makcik nih nak masukkan lemak tu skali. yer la,,,lemak tu bahaya, boleh menyebabkan aterosklerosis. tapi berjaya juga la kitorang abiskan daging-daging tuh walaupon pisau tak berapa tajam.





lepas dah masak, apa lagi,,,makan la



antara yang hadir ke KEDUBES (kedutaan besar) MALAYSIA





lepas solat zuhur di surau KEDUBES





pApAronS???pApAdOm???



ni la usrah baru aku, naqibahnyer kak iera (bertudung + berbaju ungu ). barisan hadapan,,,almaklumla, penaung,,tapi malangnya malam tuh subihah tak dapat join kami. bukan usrah kak iera jer yang pergi, tapi usrah kak ikin pon join skali.




jom ke paparons,,spe yang tak pergi makan pizza kat paparons boleh la pergi,,,tapi jangan lupa ajak azlyza sekali yerk,,




sementara menunggu ketibaan dua teksi lagi. kitorang nih tak taw jalan,men redah jer,,,tp kitorang yang sampai dulu.




bergerak masuk menuju ke pintu masuk apartemen royale park untuk ke paparons






hari tu tak de apa-apa materi yang akan disampaikan. kitorang cuma iseng-iseng jer walaupon bersama teman seusrah.



tak perlu nak pergi pizza hut, paparon lagi syedappp,,



lebih kurang jam 10.30 pm, kami bergerak untuk pulang ke kediaman masing-masing.