EVERYONE CAN SEE
WHO I APPEAR TO BE
BUT ONLY A FEW
KNOW THE REAL ME
YOU CAN ONLY SEE
WHAT I CHOOSE TO SHOW
THERES SO MUCH BEHIDE THIS SMILE
YOU JUST DONT KNOW
gambo keluarga TAWAKAL 7/2 GROGOL, JAKARTA BARAT, 11440 INDONESIA
selamat hari raya aidiladhakullu 'am wa antum bikhoir
sayur dipotong,,daging dicincang,,
"mentang-mentang korang budak medik, abih semua lemak korang buang."kata seorang mak cik nih. haha, nak wat camne,,,mne la kitorang taw yang makcik nih nak masukkan lemak tu skali. yer la,,,lemak tu bahaya, boleh menyebabkan aterosklerosis. tapi berjaya juga la kitorang abiskan daging-daging tuh walaupon pisau tak berapa tajam.
lepas dah masak, apa lagi,,,makan la
antara yang hadir ke KEDUBES (kedutaan besar) MALAYSIA
ni la usrah baru aku, naqibahnyer kak iera (bertudung + berbaju ungu ). barisan hadapan,,,almaklumla, penaung,,tapi malangnya malam tuh subihah tak dapat join kami. bukan usrah kak iera jer yang pergi, tapi usrah kak ikin pon join skali.
jom ke paparons,,spe yang tak pergi makan pizza kat paparons boleh la pergi,,,tapi jangan lupa ajak azlyza sekali yerk,,
sementara menunggu ketibaan dua teksi lagi. kitorang nih tak taw jalan,men redah jer,,,tp kitorang yang sampai dulu.
bergerak masuk menuju ke pintu masuk apartemen royale park untuk ke paparons
hari tu tak de apa-apa materi yang akan disampaikan. kitorang cuma iseng-iseng jer walaupon bersama teman seusrah.
tak perlu nak pergi pizza hut, paparon lagi syedappp,,
lebih kurang jam 10.30 pm, kami bergerak untuk pulang ke kediaman masing-masing.
suatu senja jumaat di MANGGA DUA ITC. aku dengan atey pergi temankan suhaila beli laptop. mulanya nak pergi hari khamis, tp hujan lebat kat GROGOL. oleh yang demikian, kitorang pergi la pada hari jumaat sebab hari tu tak de kelas petang. kitorang pon gerak la pegi mangga dua.
sampai kat mangga dua, satu mangga dua kitorang pusing dan akhirnya suhaila beli la laptop dia tuh. lebih kurang jam 5 pm WIB (waktu indonesia barat) kitorang gerak la nak balik tawakal, tapi masa tuh hujan sangat lah lebat, nak dapat teksi pon mesti susah punya. kitorang pon pergi la survey2 mende lain plak yg ada kt situ.
dalam jam 6.00 pm WIB kitorang gerak la untuk solat maghrib, nak balik takut macet(trafic jam) pulak. masa tu tak perasan lagi kat luar tuh dah banjir, ingatkan boleh la balik terus lepas solat. tapi malangnya, keadaan tak mengizinkan kitorang untuk pulang. dah la tengah lapar masa tuh.
kitorang pon jalan la kat luar tuh, sebab hujan dah berenti, tapi air naik dah la masa tuh. nak wat camne, macam tak biasa plak meredah banjir kat tawakal.
tapi yang sedihnya, sampai jam 7.30 pm WIB satu teksi pon kitorag tak dapat. ye la, air dah naik, mana ada bapak teksi yang nak ambik penumpang.
tapi tak lama lepas tuh kitorang dapat bajai, terharu sangat dengan bapak bajai tuh, dia hantar kitorang kat jalan yang tak banjir, pastu siap dapatkan teksi lagi untuk kitorang. sangat la baik bapak tuh. dalam kitorang tengah sedih dan bingung nak pikir cara untuk balik tawakal, ada juga hamba Allah yang baik hati membantu kitorang. amat terharu dan bersyukur sekali.
fuhh!!! tayar bajai pon dah tak nampak dah.
walaupon air tu kotor dan amat menggelikan, kitorang tetap juga meredah. tak dapat bayangkan mikroorganisme yang ada dalam air tuh. bisa bikin gue infeksi sich.
DAURAH lokasi: TEBET, JAKARTA SELATAN artis undangan: KAK HAFIZAH(sis. UK) n KAK FADILAH(sis JORDAN) <> tarikh: 6, 7, 8 NOV 2009 materi: USUL 20 materi sampingan: surah THOHA, AD-DHUHA, AL-INSYIRAH, HADITH 2
anak murid kak hafizah yg baik2 belaka, sentesa wat kecoh kat klas,,
studentTRISAKTInUKRIDAangkatan 2008.ops~~sbnarnya frenz dr BOGOR pon join gak, tp deorg da balik da mse nih. ni klas terakhir ktorg. senior 06 n 07 pon ikut sme, tp deorg klas lain,,
klas SALSABILA (nme yg ktorg bg sebab ad tulis kat klas tuh). wlopon da 3 hari blajo, ktorg tetap semangat...
DAN CARILAH (PAHALA) NEGERI AKHIRAT DENGAN APA YG TELAH DIANUGERAHKAN ALLAH KEPADAMU, TETAPI JANGANLAH KAMU LUPAKAN BAGIANMU DI DUNIA DAN BERBUAT BAIKLAH (KEPADA ORANG LAIN) SEBAGAIMANA ALLAH TELAH BERBUAT BAIK KEPADAMU, DAN JANGANLAH KAMU BERBUAT KERUSAKAN DI BUMI. SUNGGUH ALLAH TIDAK MENYUKAI ORANG YANG BERBUAT KERUSAKAN. (28:77)
menampalnya sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya. Beliau juga memerah susu kambing untuk keperluan keluarga mahupun untuk dijual.
2) Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tiada makanan yang sudah siap di masak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda menyinsing lengan bajunya untuk membantu isterinya di dapur. Sayidatina 'Aisyah menceritakan 'Kalau Nabi berada di rumah, beliau selalu membantu urusan rumahtangga.
3) Jika mendengar azan, beliau cepat-cepat berangkat ke masjid, dan cepat-cepat pula kembali sesudah selesai sembahyang.'
4) Pernah baginda pulang pada waktu pagi. Tentulah baginda teramat lapar waktu itu. Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang ada untuk sarapan. Yang mentah pun tidak ada kerana Sayidatina 'Aisyah belum ke pasar. Maka Nabi bertanya, 'Belum ada sarapan ya Khumaira?' (Khumaira adalah panggilan mesra untuk Sayidatina 'Aisyah yang bererti 'Wahai yang kemerah-merahan' ) Aisyah menjawab dengan agak serba salah, 'Belum ada apa-apa wahai Rasulullah.' Rasulullah lantas berkata, 'Jika begitu aku puasa saja hari ini.' tanpa sedikit tergambar rasa kesal di raut wajah baginda.
5) Sebaliknya baginda sangat marah tatkala melihat seorang suami sedang memukul isterinya. Rasulullah menegur, 'Mengapa engkau memukul isterimu?' Lantas soalan itu dijawab dengan agak gementar, 'Isteriku sangat keras kepala! Sudah diberi nasihat dia tetap degil juga, jadi aku pukul lah dia.' 'Aku tidak bertanyakan alasanmu,' sahut Nabi s. a. w. 'Aku menanyakan mengapa engkau memukul teman tidurmu dan ibu kepada anak-anakmu? '
6) Pernah baginda bersabda, 'sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik,kasih dan lemah lembut terhadap isterinya.' Prihatin, sabar dan tawadhuknya baginda dalam menjadi ketua keluarga langsung tidak sedikitpun menjejaskan kedudukannya sebagai pemimpin umat.
7) Pada suatu ketika baginda menjadi imam solat. Dilihat oleh para sahabat,pergerakan baginda antara satu rukun ke satu rukun yang lain amat sukar sekali. Dan mereka mendengar bunyi menggerutup seolah-olah sendi-sendi pada tubuh baginda yang mulia itu bergeser antara satu sama lain. Sayidina Umar yang tidak tahan melihat keadaan baginda itu langsung bertanya setelah selesai bersembahyang,
'Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah tuan menanggung penderitaan yang amat berat, tuan sakitkah ya Rasulullah?' 'Tidak, ya Umar. Alhamdulillah, aku sihat dan segar.'
'Ya Rasulullah.. .mengapa setiap kali tuan menggerakkan tubuh, kami mendengar seolah-olah sendi bergeselan di tubuh tuan? Kami yakin engkau sedang sakit...' desak Umar penuh cemas.
Akhirnya Rasulullah mengangkat jubahnya. Para sahabat amat terkejut. Perut baginda yang kempis, kelihatan dililiti sehelai kain yang berisi batu kerikil, buat untuk menahan rasa lapar baginda. Batu-batu kecil itulah yang menimbulkan bunyi-bunyi halus setiap kali bergeraknya tubuh baginda.
'Ya Rasulullah! Adakah bila tuan menyatakan lapar dan tidak punya makanan kami tidak akan mendapatkannya buat tuan?' Lalu baginda menjawab dengan lembut, 'Tidak para sahabatku. Aku tahu, apa pun akan engkau korbankan demi Rasulmu. Tetapi apakah akan aku jawab di hadapan ALLAH nanti, apabila aku sebagai pemimpin, menjadi beban kepada umatnya?' 'Biarlah kelaparan ini sebagai hadiah ALLAH buatku, agar umatku kelak tidak ada yang kelaparan di dunia ini lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan di Akhirat kelak.'
8) Baginda pernah tanpa rasa canggung sedikitpun makan di sebelah seorang tua yang dipenuhi kudis, miskin dan kotor.
9) Hanya diam dan bersabar bila kain rida'nya direntap dengan kasar oleh seorang Arab Badwi hingga berbekas merah di lehernya. Dan dengan penuh rasa kehambaan baginda membasuh tempat yang dikencing si Badwi di dalam masjid sebelum menegur dengan lembut perbuatan itu.
10) Kecintaannya yang tinggi terhadap ALLAH swt dan rasa kehambaan yang sudah sebati dalam diri Rasulullah saw menolak sama sekali rasa ke tuanan.
11) Seolah-olah anugerah kemuliaan dari ALLAH langsung tidak dijadikan sebab untuknya merasa lebih dari yang lain, ketika di depan ramai mahupun dalam keseorangan.
12) Pintu Syurga telah terbuka seluas-luasnya untuk baginda, baginda masih lagi berdiri di waktu-waktu sepi malam hari, terus-menerus beribadah hinggakan pernah baginda terjatuh lantaran kakinya sudah bengkak-bengkak.
13) Fizikalnya sudah tidak mampu menanggung kemahuan jiwanya yang tinggi.Bila ditanya oleh Sayidatina 'Aisyah, 'Ya Rasulullah, bukankah engaku telah dijamin Syurga? Mengapa engkau masih bersusah payah begini?' Jawab baginda dengan lunak, 'Ya 'Aisyah, bukankah aku ini hanyalah seorang hamba? Sesungguhnya aku ingin menjadi hamba-Nya yang bersyukur.'
Rasulullah s. a. w. bersabda,'SAMPAIKAN LAH PESANKU WALAUPUN SEPOTONG AYAT..'
sampai di MONAS(monumen nasional),,,mencari cari tmpat yg dirasakan sesuai,,,
menu:nasi lemak yg tak bape nk berlemak bikinan aku n masitah,,,air bikinan mbak izni,,,jelly bikinan mbak liza n izni,,,,
TOIN!!!!suprise,,,tetiba kakmila n liza (mereka nih mle2 kte tak dpat dtangdtang membawa kek,,,, ~~eja,mas,sue-happy birthday~~
cam bese,,pas mkan sume,,kitorg teruskan ngan pengisian,,,sambung psal SYAHADATULHAQ,,,tp syg nyer tak sempat nk dpat pengisian dr kak fina sbb da larut malam,,,dr kak tim pon tak habis,,wawawa,,,opsss,,,lpe lak,,kak miss n kak zie pon join kitorg mlam tuh,,tu lah usrah terakhir kitorg untuk sem nih,,, berakhirlah khidupan kami sbgai 1st year medical student,,,,semoga kami sume berjaya jd dukter,,,ameen
ak ad ak nyer azam sendiri sempena birthday aku n azam sbg student 2nd year plak,,,JENG!!!!JENG!!!JENG!!
Mampukah aku menjadi seperti Siti Khadijah? Agung cintanya pada Allah dan Rasulullah, Hartanya diperjuangkan ke jalan fisabillah, Penawar hati kekasih Allah, Susah dan senang rela bersama.
Dapatkah kudidik jiwa seperti Siti Aishah, Isteri Rasulullah yang bijak, Pendorong di kala kesusahan dan penderitaan, Tiada sukar untuk dilaksanakan.
mengalir air mataku, melihat pengorbanan putri solehah siti fatimah, akur dalam setiap perintah, taat pada abuyanya yg sentiasa berjuang, tiada memiliki harta dunia, layaklah ia sebagai wanita penghuni syurga.
ketika aku marah, ingin aku intip serpihan sabar, daripada catatan hidup siti sarah, tabahkan jiwaku, setabah umi Nabi Ismail, menggendong bayinya yang masih merah, mencari air penghilang dahaga, di terik padang pasir merak.
di tinggalkan suami akur tanpa bantah, pengharapannya hanya pada Allah, itulah wanita Siti HAjar.
dapatkah aku mengikut jejak Siti RAhmah, permaisuri Nabi Ayyub, pasrah dengan dugaan Tuhannya, walau pernah tersungkur ke dalam jerat syaitan, namun ia kembali, kerana iman yang kuat, telah dijanjikan syurga adalah balasannya, bahagia adalah miliknya.
mampukah aku menjadi wanita solehah??? mati dalam keunggulan iman, bersinar indah, harum tersebar, bagai wanginya pusara masitah.